Thursday, May 1, 2008

MASIH ADA WAKTU (SAJAK)

Semalam kau tenggelam di arus foya-foya
Menari mengikut rentak liar yang durjana
Apabila najis dadah menjadi santapan
Kau rela minda diperintah
Kau sanggup diri diperhamba
Tulilah telinga dari mendengar keluh-kesah ibu bapa tersayang
Butalah mata dari menatap masyarakat yang kau ranapkan harapannya
Bisulah mulut dari mengucap fatwa suci ilahi
Kau cuma tahu:"jarummu,jarumku"
Kononnya sumber illham!
Kononnya gamitan fatamorgana!


Tidak terbayar tangisan tragis dengan nikmat palsu sedetik
Tiada lagi harga aiar mata mengiring sesal
Jangan sampai lambat mencari jalan pulang
Jangan sampai gadai sejahtera denga HIV positif,AIDS,pelengkap derita
Jangan sampai menjadi mayat hidup menghitung hari
Masih ada waktu menebus maruah yang tergadai


Generasiku,marilah bertafakur sesaat
Mencermin diri,menginsafi keterlanjuran semalam
Sedarlah hakikat kita aset agama,negara dan bangsa
Agama tidak menghukummu,tetapi membuka pintu taubat
Negara tidak menyingkirmu,tetapi prihatin memulihkanmu
Bangsa tidak membuangmu,tetapi menuntut curahan bakti
Padamkan noda di diari hitam
Laungkan ikar kudus dan telus
AKU BENCI DADAH!



Friday, December 7, 2007

Pada hari kami berlakon



Pada hari yang terakhir, terlebih dahulu menyampaikan sijil… Selapas tamat menyampaikan sijil baru kami berlakon saya dan alia menjadi stepsister, Nurin menjadi stepmother, syazwan menjadi Prince, Intan menjadi Cinderella, Aidil menjadi King, Amirah menjadi Fairy Godmother, Yusof menjadi Duke dan Maimah and Syafiqah menjadi Neretor….



TQ Teacher...


Sewaktu English Camp 2007 di UiTM



Susah juga nak rancang aktiviti bermanfaat untuk anak-anak semasa cuti sekolah ini. Ada yang bersunat, dihantar balik kampung untuk menghabiskan masa dengan datuk nenek mereka, sertai kem motivasi, tuisyen dan sebagainya. Saya harap program sebegini dibuat secara tahunan. Program sebegini biasanya mengenakan bayaran. Mungkin ada ibu bapa yang tidak dapat hantar anak disebabkan oleh faktor bayaran. Ibu bapa yang mampu boleh buat amal dengan "menaja" {bayar penuh atau separuh}

Friday, November 23, 2007

TENTANG RUMPELSTILTSKIN

Pada zaman dahulu, seorang peladang mempunyai seorang anak gadis yang cantik. Peladang itu sangat angkuh dan suka bercakap besar.

"Anakku cantik, tiada tandingannya. Hanya raja yang sesuai menjadi suaminya," peladang itu berkata.

"Rumput kering kalau ditenunnya akan menjadi benang emas,"tambahnya lagi. Semua orang tidak percaya kata-kata peladang itu kecuali pengawal raja.

Pengawal raja itu telah memberitahu raja. Dengan serta-merta<>

Anak gadis itu dikurung di dalam sebuah bilik yang penuh dengan rumput kering. Di dalam bilik itu juga jentera tenunan lama.

Anak gadis itu tidak tahu menukarkan rumput-rumput kering menjadi benang emas.

"Aku tentu di hukum bunuh. Semua ini angkara ayahku," fikirnya sendiri lalu menangis. Tiba-tiba si kerdil tua muncul,

"Berikanlah rantai emas kau kepada aku dan aku akan tolong kau." kata si kerdik tua itu.

Anak gadis peladang itu pun setuju kerana hendak menyelamatkan diri.

Sepanjang malam si kerdil tua itu sibuk bekerja. Rumput kering menjadi benang emas dan akhirnya menjadi kain emas. Apabila fajar menyising, kerjanya pun siap.

Pada keesokan paginya, raja terperanjat dan kagum melihat bilik penuh dengan kain emas.

"Baiklah, tenun lagi untuk beta dan beta akan jadi kan kau permaisuri," titah raja.

Malam itu, anak gadis itu menangis lagi lalu merayu petolongan daripada si kerdil tua itu.

"Kalau kau menjadi pemaisuri, kau serahkan anak kau kepadaku," kata si kerdil tua itu. Anak gadis itu terpaksa bersetuju.

Setelah raja dapati bilik itu penuh dengan kain emas, dia pun mengawini anak gadis peladang itu.

Tidak lama kemudian, seorangt putere dilahirkan. Pada suatu malam, muncullah sikerdil tua itu."Berikan anak itu kepadaku!" jerit sikerdil tua itu.

Permaisuri enggan memberikan puterenya kepada si kerdil tua itu. Sebaliknya, dia menawarkan pelbagai barang kemas dan wang kepada si kerdil tua itu tetapi semuanya ditolak.

Thursday, November 8, 2007

Kakak Elyana

Kak Yana bernama Elyana Bt Mohd Ahnuar.... Kak Yana seorang kakak yang baik...... Kak Yana kawan dengan arwah chik........ Kadang2 kak Yana malam-malam akak telefon Nabiha.....