Friday, November 23, 2007

TENTANG RUMPELSTILTSKIN

Pada zaman dahulu, seorang peladang mempunyai seorang anak gadis yang cantik. Peladang itu sangat angkuh dan suka bercakap besar.

"Anakku cantik, tiada tandingannya. Hanya raja yang sesuai menjadi suaminya," peladang itu berkata.

"Rumput kering kalau ditenunnya akan menjadi benang emas,"tambahnya lagi. Semua orang tidak percaya kata-kata peladang itu kecuali pengawal raja.

Pengawal raja itu telah memberitahu raja. Dengan serta-merta<>

Anak gadis itu dikurung di dalam sebuah bilik yang penuh dengan rumput kering. Di dalam bilik itu juga jentera tenunan lama.

Anak gadis itu tidak tahu menukarkan rumput-rumput kering menjadi benang emas.

"Aku tentu di hukum bunuh. Semua ini angkara ayahku," fikirnya sendiri lalu menangis. Tiba-tiba si kerdil tua muncul,

"Berikanlah rantai emas kau kepada aku dan aku akan tolong kau." kata si kerdik tua itu.

Anak gadis peladang itu pun setuju kerana hendak menyelamatkan diri.

Sepanjang malam si kerdil tua itu sibuk bekerja. Rumput kering menjadi benang emas dan akhirnya menjadi kain emas. Apabila fajar menyising, kerjanya pun siap.

Pada keesokan paginya, raja terperanjat dan kagum melihat bilik penuh dengan kain emas.

"Baiklah, tenun lagi untuk beta dan beta akan jadi kan kau permaisuri," titah raja.

Malam itu, anak gadis itu menangis lagi lalu merayu petolongan daripada si kerdil tua itu.

"Kalau kau menjadi pemaisuri, kau serahkan anak kau kepadaku," kata si kerdil tua itu. Anak gadis itu terpaksa bersetuju.

Setelah raja dapati bilik itu penuh dengan kain emas, dia pun mengawini anak gadis peladang itu.

Tidak lama kemudian, seorangt putere dilahirkan. Pada suatu malam, muncullah sikerdil tua itu."Berikan anak itu kepadaku!" jerit sikerdil tua itu.

Permaisuri enggan memberikan puterenya kepada si kerdil tua itu. Sebaliknya, dia menawarkan pelbagai barang kemas dan wang kepada si kerdil tua itu tetapi semuanya ditolak.

1 comment:

Noor Aida said...

Pada tahun 1996 mak lahirkan seorg puteri yg comel juga dan mak ayah sgt sayangkan puteri tersebut